• PREPARE FOR CHANGE (BERSEDIA UNTUK BERUBAH)

    Publishing Soon..

    Menurut Tan Sri, sektor pembangunan telah berubah dengan drastik. Pembeli rumah pada hari ini, terutamanya golongan muda mempunyai citarasa berbeza apabila membeli rumah. Mereka tidak lagi mahu reka bentuk rumah traditional, jadi pemaju perlu inovatif dengan menukar konsep setial perumahan yang dibina. Beliau berkata, "Strategi Bandacaya Group, sejajar dengan moto "Kami Membina Kelainan'.

    Sebagai contoh beberapa project kediaman kami menawarkan rumah teres satu tingkat dengan kolam renang, ada juga yang dilengkapi dengan sistem solar dan LED sistem. Tidak Banyak pemaju yang bersedia untuk melabur dalam inovasi seperti ini."

  • UMBRELLA SYSTEM (SISTEM PAYUNG)

    Publishing soon..

    Objektif utama sistem payung adalah untuk menjaga kepentingan pelanggan. Misalnya, ia adalah amalan biasa bagi kebanyakan pemaju tidak mengembalikan yuran tempahan apabila pelanggan membatalkan tempahan mereka. Dalam situasi ini, Bandacaya pula komited untuk menawarkan pelanggan bayaran balik penuh kepada mereka jika membatalkan. Di samping itu, Bandacaya juga menerbitkan satu buku panduan kepada pembeli atau bakal pembeli rumah untuk memastikan proses membeli rumah yang telus untuk pelanggan.

  • REFORMATION (REFORMASI)

    Publishing soon..

    Reformasi dalam erti kata ini tentang adalah membuat perubahan untuk kekal di hadapan persaingan. Contoh terbaik adalah apabila Bandacaya memperkenalkan rumah yang bersepadu dengan konsep kehidupan resort yang telah terbukti menjadi popular dikalangan pelanggan. Tan Sri merasakan bahawa ia juga amat penting bagi kakitangan syarikat dan bahagian pengurusan untuk meningkatkan kemahiran mereka disamping menambahkan pengetahuan terkini dalam industri berkaitan.

    Beliau percaya bahawa banyak projek-projek pembangunan gagal kerana pemaju itu sendiri tidak mempunyai profesional dalam industri.

  • PRICE (HARGA)

    Publishing soon..

    Mengenakan harga yang berpatutan juga memainkan peranan penting dalam menjaga reputasi syarikat. Beliau berkata, jika harga yang terlalu rendah, pembeli rumah berkemungkinan besar mendapati rumah yang dibeli kurang bermutu keran apemaju cuba untuk mengurangkan kos dengan menggunakan bahan berkualiti rendah.

    Sebaliknya, jika harga rumah baru adalah terlalu tinggi, hanya segelintir orang mampu untuk membelinya. Tambah beliau, kami sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa semua orang mampu untuk membeli rumah mereka sendiri. Malah, saya ingin mengaitkan sedikit parafrasa moto terkenal seperti syarikat pernerbangan kos rendah iaitu, 'dengan Bandacaya semua orang boleh beli'! Sesunguhnya, harga bagi sebuah rumah teres satu tingkat dengan 4 bilik tidur, 3 bilik mandi dan kolam renang dari Projek Pool Villa kami di Rantau Panjang dan Meru, Klang hanya lebih kurang daripada RM200,000.00 sahaja.

  • LIFESTYLE (GAYA HIDUP)

    Date Published: 11 July 2014

    Beliau menegaskan bahawa pembeli rumah Bandacaya rata-rata mereka adalah berumur lingkungan bawah 35 tahun yang menitik beratkan gaya hidup moden dan selesa. Oleh itu, Bandacaya sentiasa memberi konsep yang baru, ini termasuk pengenalan sistem akses pintu biometrik untuk beberapa projek-projek syarikat. Inovasi seumpama ini adalah penting dalam memenuhi permintaan pembeli rumah yang ingin mencari sesuatu yang berbeza daripada biasa.

  • EVOLUTION (EVOLUSI)

    Date Published: 27 January 2014

    Tan Sri percaya bahawa, dari semasa ke semasa, syarikat perlu untuk menilai produk dan proses perniagaan unutk memastikan bahawa ia memenuhi piawaian antarabangsa. Untuk ini, Bandacaya adalah satu-satunya pemaju di Malaysia yang dianugerahkan ISO 9001:2000 KUALITI PERNGURUSAN dan ISO 14001:2004 SISTEM PERNGURUSAN SEKITAR